Aplikasi Mudah Alih
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
MyJPJ
MyJPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Keterangan
Aplikasi rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kini hadir dengan reka bentuk baharu yang lebih moden dan mesra pengguna!
MyJPJ adalah gerbang digital yang menghimpunkan perkhidmatan JPJ untuk orang awam dan kakitangan JPJ dalam satu aplikasi yang mudah dan pantas.
Apa Yang Anda Boleh Lakukan:
Semakan Maklumat Kenderaan & Lesen
– Semak tarikh luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)
– Semak tarikh luput lesen memandu
– Lihat nombor plat terkini dan maklumat kenderaan anda
Semakan Saman
– Semak status saman JPJ dengan cepat dan mudah
Pendaftaran & Carian
– Log Masuk Menggunakan MYDIGITAL ID
– Cari lokasi pejabat cawangan JPJ berhampiran anda
Pautan Pantas
– Akses terus ke aplikasi JPJeBid dan JPJeQ
BAHARU! Chatbot Pintar
– Dapatkan jawapan segera untuk pertanyaan anda
– Bantuan 24/7 di hujung jari anda
BAHARU! Mod Tetamu (Mod Tetamu)
– Terokai aplikasi tanpa perlu log masuk
– Akses ciri-ciri asas dengan lebih pantas
Untuk Kakitangan JPJ
– Modul tambahan eksklusif untuk kakitangan
– Capaian pantas ke aplikasi eHadir
[Versi apl yang disokong minimum: 5.0.0]



