- Home
- /
- Panduan Memohon Lesen Perdagangan...
Panduan Memohon Lesen Perdagangan Kenderaan Motor (LPKM)
Lesen Perdagangan Kenderaan Motor (LPKM ) hanya boleh dikeluarkan kepada pembuat , pembaiki atau peniaga kenderaan sahaja dibawah Seksyen 22 , Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Permohonan Baharu:
- Pemasang / pembuat kenderaan.
- Pengedar / peniaga kenderaan baru atau terpakai.
- Bengkel membaiki kenderaan.
- Pengimport kenderaan.
Dokumen yang diperlukan:
- Surat permohonan daripada / bagi pembuat, pembaik atau peniaga.
- Borang JPJ K5 – Satu salinan.
- Perakuan Perbadanan Syarikat (borang 9) atau (‘Memorandum and Articles of Associaton’).
- Penyata jualan atau pengeluaran bagi tiga bulan yang lepas (pemohon yang telah memulakan pernigaan sahaja).
- Salinan lesen bengkel / lesen perniagaan / bukti yang dikeluarkan oleh agensi / pihak berkuasa beserta gambar pejabat syarikat / perniagaan . kilang . bengkel dan lain lain.
- Nota perlindungan insurans.
- Dokumen-dokumen lain seperti permit import , surat lantikan ‘dealership letter’, invois, kontrak dan lain lain.
- Borang senarai semak (checklist ) – satu salinan.
Bayaran:
- Mengikut kadar yang ditetapkan
JPJK5 Pind.1- 2011