- Home
- /
- Panduan Memohon Tempahan Nombor...
Panduan Memohon Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan
MAKLUMAT DAN PANDUAN TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN
_________________________________________________________
PENERANGAN UMUM NOMBOR PENDAFTARAN
[TAFSIRAN KATEGORI NOMBOR PENDAFTARAN]
“Nombor Pendaftaran” ertinya tanda indeks yang ditetapkan bagi menunjukkan kawasan pendaftaran di mana kenderaan itu didaftarkan atau status pemunya kenderaan motor itu dan suatu nombor berasingan (Seksyen 11, APJ 1987).
“Nombor Utama (Golden Number)” bermaksud nombor-nombor satu angka (nombor 1-9) dan sentiasa menjadi keutamaan dan bernilai tinggi.
“Nombor Premium (Premium Number)” bermaksud nombor- nombor dua (2) angka yang sama, belasan, 10, 28 dan 38 yang kerap mendapat bidaan dan bernilai tinggi.
“Nombor Menarik (Attractive Number)” bermaksud nombor- nombor dua angka yang sama, tiga (3) angka yang sama, empat (4) angka yang sama dan dua (2) angka selain di atas yang kerap mendapat bidaan dan bernilai tinggi.
“Nombor Popular (Popular Number)” bermaksud suatu nombor dari kategori selain di atas tetapi kerap mendapat bidaan yang baik dan bernilai sederhana.
“Nombor Semasa (Running Number)” ialah bermaksud suatu nombor dari kategori selain di atas dan kurang mendapat bidaan dan kerap mempunyai baki.
“Nombor Baki” ialah nombor kategori Bernilai Utama, Premium, Menarik, Popular dan Semasa yang tidak dibida (baki) selepas bidaan ditutup.
“Nombor Tamat Tempoh” ialah nombor kategori Bernilai Utama, Premium, Menarik, Popular dan Semasa yang telah tamat tempoh dari tarikh surat tawaran / keputusan berjaya dikeluarkan dan belum didaftarkan ke atas mana-mana kenderaan.
“Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI)” ialah nombor pendaftaran yang diperkenalkan sebagai secara siri khas oleh Menteri Pengangkutan Malaysia seperti ‘MALAYSIA’, ‘PUTRAJAYA’ dan ‘M_M’.
[SENARAI KATEGORI NOMBOR PENDAFTARAN]
KATEGORI NOMBOR-NOMBOR UTAMA
(GOLDEN NUMBERS)
1 2 3 4 5 6 7 8 9
KATEGORI NOMBOR-NOMBOR PREMIUM
(PREMIUM NUMBERS)
10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
22 28 33 38 44 55 66 77 88 99
KATEGORI NOMBOR-NOMBOR MENARIK
(ATTRACTIVE NUMBERS)
DUA (2) DIGIT
20 21 23 24 25 26 27 29 30 31 32 34 35 36 37 39
40 41 42 43 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 56 57 58 59
60 61 62 63 64 65 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 78 79
80 81 82 83 84 85 86 87 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98
TIGA (3) DIGIT
111 222 333 444 555 666 777 888 999
EMPAT (4) DIGIT
1111 2222 3333 4444 5555 6666 7777 8888 9999
PANDUAN TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN
[TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN SECARA BIDAAN MELALUI SISTEM JPJ EBID]
JPJ eBid ialah sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara atas talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Sistem ini membolehkan orang awam membuat bidaan untuk nombor plat kenderaan yang dikehendaki tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ.
Ciri-ciri utama sistem JPJ eBid:
- Tempoh bidaan: dibuka selama tempoh lima (5) hari, bermula jam 12.00 tengah malam hari pertama hingga 10.00 malam hari kelima.
- Boleh dibida oleh individu & syarikat.
- Transaksi tanpa tunai: Pembayaran melalui kad debit dan kredit jenis Visa, MasterCard dan AMEX (Kad Tempatan / Local Card) sahaja.
- Keputusan bidaan diumumkan dalam 1 hari (24 jam) selepas bidaan tamat.
Cara Membuat Bidaan:
- Bidaan dilakukan melalui laman web rasmi https://jpjebid.jpj.gov.my.
- Daftar akaun di laman JPJ eBid.
- Log masuk dan pilih siri nombor yang sedang dibuka (live) untuk bidaan.
- Pilih nombor pilihan anda.
- Masukkan jumlah bidaan (mengikut kategori nombor pendaftaran).
- Membuat pembayaran.
- Tunggu keputusan bidaan.
[TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN KATEGORI SEMASA SIRI NEGERI ATAU SIRI NOMBOR PENDAFTARAN ISTIMEWA (NPI) MELALUI PORTAL JPJ]
Tempahan dan pembelian nombor pendaftaran bagi kategori semasa (running) bagi siri negeri dan NPI boleh dibuat melalui Portal Rasmi JPJ.
Cara Membuat Tempahan & Pembelian:
- Daftar / Log masuk kali pertama portal mySIKAP JPJ bagi akaun individu / syarikat di laman web https://public.jpj.gov.my/
- Log masuk dengan masukkan ID pengguna, kata laluan dan kod sekuriti (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul)
- Pilih menu Kenderaan – Tempahan Nombor Pendaftaran – Pilih sama ada “Nombor Pendaftaran Semasa” atau “Nombor Pendaftaran Istimewa”
- Buat pilihan siri dan nombor.
- Buat pembayaran.
- Cetak Resit.
[TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN KATEGORI SEMASA, NOMBOR BAKI ATAU NOMBOR TAMAT TEMPOH MELALUI KAUNTER JPJ NEGERI]
Tempahan dan pembelian nombor pendaftaran bagi kategori semasa (running), nombor baki atau nombor tamat tempoh boleh dibuat di mana-mana JPJ Negeri/ Cawangan (kecuali Pejabat UTC).
Cara Membuat Tempahan & Pembelian:
- Hadir ke JPJ Negeri yang berhampiran dengan mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Pilihan (hyperlink borang) beserta sesalinan kad pengenalan pemohon / identiti pengenalan syarikat.
- Buat pilihan siri dan nombor kategori semasa (running), nombor baki atau nombor tamat tempoh yang boleh dibuat tempahan dan pembelian.
- Dapatkan kelulusan
- Membuat pembayaran.
- Cetak Resit pembayaran.
Kategori Nombor Pendaftaran | Harga Bayaran Tawaran |
---|---|
Nombor Bernilai Utama (Golden Number) | RM20,000.00 |
Nombor Menarik (Attractive Number) | RM3,000.00 |
Nombor Popular (Popular Number) | RM800.00 |
Nombor Semasa (Running Number) | RM300.00 |
KEPUTUSAN
1. Surat Keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
2. Bagi pemohon yang tidak berjaya,draf bank/kiriman wang akan dikembalikan.
3. Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.
4. Pemohon yang berjaya hendaklah mendaftarkan dan membayar nombor tersebut dalam tempoh yang dinyatakan seperti di bawah mengikut kategori permohonan dari tarikh kelulusan:
5. Pemohon yang berjaya tetapi tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis. Bayaran penuh tempahan tidak akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
6. Nombor pendaftaran yang berjaya dibida hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.
7. Permohonan penangguhan pendaftaran adalah TIDAK DIBENARKAN.
8. Permohonan untuk mendapatkan pengurangan harga bagi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditempah TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN .
9. Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
2. Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
3. Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.
4. Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
Kategori Permohonan | Tempoh Mendaftar | Tempoh Membayar |
---|---|---|
Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran | 12 Bulan | – |
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan | 6 Bulan | 14 Hari |
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas) | 6 Bulan | 14 Hari |
5. Pemohon yang berjaya tetapi tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis. Bayaran penuh tempahan tidak akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
6. Nombor pendaftaran yang berjaya dibida hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.
7. Permohonan penangguhan pendaftaran adalah TIDAK DIBENARKAN.
8. Permohonan untuk mendapatkan pengurangan harga bagi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditempah TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN .
9. Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
2. Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
3. Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.
4. Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
BORANG M.V.10
BORANG M.V.10A
BORANG M.V.10B