Skip to content
  1. Home
  2. /
  3. Panduan Tukar Hakmilik Selain...

PANDUAN PERTUKARAN HAK MILIKAN (THM) KENDERAAN MOTOR SELAIN SECARA SUKARELA

SYARAT AM

  1. Pemunya Baharu bagi kenderaan milik persendirian individu hendaklah hadir sendiri untuk membuat pengesahan cap jari secara biometrik;
  2.  Wakil boleh dilantik bagi pihak Pemunya Baharu bagi kenderaan yang bukan milik persendirian individu;
  3. Dokumen asas:

a. Pengesahan Indentiti Individu: Pemunya baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri antaranya seperti myKad, myPR, myTentera, dan pasport.

b. Pengesahan identiti seperti Badan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Kedutaan/ Konsulat / Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pertubuhan/ Koperasi atau Syarikat Sendirian Berhad/ Syarikat Berhad/ Perniagaan Milikan Tunggal/ Perniagaan Perkongsian/ Bank/ Syarikat Kewangan/ Syarikat Insurans.

          • Dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Corporate Information Syarikat atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan pengesahan indentiti Syarikat (yang sah) atau mana-mana yang berkaitan; atau
          • Surat atau Dokumen Pertubuhan/ Koperasi/ Badan Berkanun/ Kerajaan dan sebagainya.

c. Surat rasmi Lantikan Wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil. Syarat di 3.a adalah juga terpakai ke atas wakil yang dilantik;

d. Borang JPJK3A yang lengkap diisi dibawa bersama oleh Pemunya Baharu atau wakil Pemunya Baharu.

4. Tiada sekatan kepada urusniaga tukar hak milik selain secara sukarela seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai KASTAM yang  belum diselesaikan, rekod senarai hitam atau syarat pendaftaran yang lain dan sebagainya;

5. Kenderaan motor KECUALI motosikal hendaklah menjalani dan lulus pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor yang dilantik;

6. Permit kenderaan perdagangan (Pengangkutan/ Perkhidmatan) bagi Pemunya Berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu;

7. Fi dibayar seperti yang ditetapkan.

SYARAT KHAS/ DOKUMEN KHAS

1. Kenderaan motor yang ditarik balik (Repossessed) tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967.

a. Salinan Notis Tuntutan Penamaan (Jadual 5);

b. Salinan Notis Niat Pengambilalihan Kenderaan (Jadual 4).

2. Kenderaan motor yang ditarik balik (Repossessed) yang tidak tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967;

a. Salinan notis penarikan balik kenderaan mengikut perjanjian.

3. Kenderaan motor milik pemilik berdaftar yang sudah meninggal dunia.

a. Perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah; atau

b. Surat Geran Probet yang disahkan oleh Mahkamah; atau

c. Surat Pentadbir Pusaka yang disahkan oleh Mahkamah; atau

d. Perintah Pembahagian/ Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian; atau

e. Surat Arahan pembahagian harta daripada AmanahRaya yang disahkan oleh AmanahRaya; atau

f. Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah.

          • Akaun sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam Perintah Faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama;
          • Akuan sumpah hendaklah dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan/ Majistret / Hakim;
          • Akaun sumpah ini hendaklah disertakan bersama apabila Perintah Faraid tidak menyatakan penama/ pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.

g. Salinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah; atau

h. Salinan Perintah dalam bentuk Form C yang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

4. Kenderaan Motor yang dilucuthak kepada Agensi Kerajaan;

a. Salinan Perintah Pelucutanhak yang disahkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut.

5. Kenderaan Motor bagi kategori hilang curi/ kenderaan yang Beyond Econimic Repair (BER)/ Total Loss oleh pihak insurans;

a. Salinan surat tawaran tuntutan dari insurans;

b. Salinan surat bukti pembayaran pampasan;

c. Salinan surat bukti penerimaan bayaran pampasan;

d. Salinan borang Pelepasan dan Tanggung Rugi (Discharge and Indemnity).

6. Pemilik Berdaftar yang tidak dapat dihubungi atau gagal dikesan

a. Perintah Mahkamah

7. Kenderaan Perdagangan

a. Khusus untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor yang dilantik;

b. Khusus untuk kenderaan jentera/ kenderaan bomba/ trak tunda/ kenderaan mayat hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A/ PG13B;

c. Surat pembatalan permit/ surat kelulusan ubahsyarat oleh APAD/ LPKP/ Kementerian Pelancongan;

d. Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;

e. Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled;

f. Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;

g. Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan (MOF)/ Miti/ Kastam yang disahkan (jika berkenaan).

Skip to content