- Home
- /
- Pelaksanaan Pendaftaran Kenderaan Import
Pelaksanaan Pendaftaran Kenderaan Import
JPJ telah melaksanakan prosedur pendaftaran kenderaan secara e-Daftar mulai tahun 2001, dengan Fasa Pertama melibatkan kenderaan pemasangan dan buatan tempatan.Melalui sistem ini, data pendaftaran kenderaan dihantar secara elektronik oleh pembuat dan pemasang kenderaan.
Berkuatkuasa 1 Jun 2010, penggunaan sistem e-Daftar telah diperluaskan dan dikuatkuasakan ke atas pendaftaran kenderaan import dengan kemasukan data ke dalam sistem JPJ dibuat oleh syarikat pengimport kenderaan. Penguatkuasaan ini juga dilaksanakan ke atas kenderaan import yang dibawa masuk menggunakan AP Individu.
Bagi pemegang AP Individu, kemasukan maklumat pendaftaran kenderaan ke dalam sistem e-Daftar boleh dilakukan melalui salah satu daripada tiga (3) Gateway Providers (GP) seperti berikut:
Nama GP | Pegawai Yang Boleh Dihubungi | No. Telefon Dan Faks |
Cuscapi Berhad Level 28, MyEG Tower, No.8, Jalan Damansara, Empire City, PJU 8, 47820 Petaling Jaya, Selangor. www.cuscapi.com | En. Zharif Ikhwan Bin Azimi (mohamadzharif@cuscapi.com) | Tel: 03-7611 1200 |
Drosstech Sdn Bhd | En. Fauzi Bin Manan Encik Mohd Khamadi | Tel: 03-6142 4577 |
POIS Sdn Bhd Level 4, Wisma Commerce Dot Com No. 15, Jalan Tandang 46050 Petaling Jaya, Selangor. | En. T Muhhammad Aliff Bin Azman www.pois.com.my | Tel: 03-7985 5354 |
Dokumen yang perlu dikemukakan kepada GP bagi proses kemasukan data pendaftaran adalah seperti berikut:
- Dokumen pengenalan diri pemilik
- Salinan Lesen Import (AP)
- Salinan Borang Kastam K1 dan
- Salinan Laporan Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM.
- Bayaran perkhidmatan sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap kemasukan dan penghantaran data ke pengkalan data JPJ. Walaubagaimanapun, bayaran bagi sebarang perkhidmatan tambahan adalah tertakluk kepada persetujuan di antara pihak GP dengan pemegang AP.
- Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan sistem e-Daftar boleh diajukan ke Bahagian Pelesenan Kenderaan, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di talian 03-8000 8000.