Skip to content
Portal Rasmi
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

PELELONGAN AWAM KENDERAAN SITA 01/2026SEL

Aplikasi JPJvBID, sebuah platform digital bagi
pengurusan lelongan awam kenderaan sita dan dilucuthak secara dalam talian. Inisiatif ini merupakan langkah strategik jabatan dalam memperkukuh ketelusan, kecekapan serta integriti pengurusan pelupusan kenderaan.
 
Aplikasi JPJvBID boleh dimuat turun mulai 10 Mac 2026 melalui platform Play Store (Android), Apple App Store (iOS) dan Huawei AppGallery. Akses ke aplikasi ini boleh dibuat menggunakan ID MyJPJ sedia ada atau melalui pendaftaran baharu di portal rasmi JPJ.
 
Orang awam yang berminat boleh mula membeli e-katalog bagi tujuan penyertaan bidaan mulai 18 Mac 2026 pada harga RM50.00 bagi setiap siri pelelongan.
Bidaan pertama melalui aplikasi JPJvBID akan berlangsung dari
1 April hingga 5 April 2026.
lelong
Skip to content