- Home
- /
- Permohonan Lesen Memandu OKU...
Permohonan Lesen Memandu OKU Bagi Kelas A Dan A1
Permohonan lesen memandu OKU bagi kelas A dan A1 boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan sahaja.
Syarat- syarat lesen OKU:
- Memiliki Kad OKU
- Laporan pemeriksaan Pegawai Perubatan mengesahkan layak mendapatkan lesen memandu dan menggunakan kenderaan yang telah diubahsuai mengikut keupayaan fizikal
- Perlu mendapat pengesahan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan OKU
- Bagi yang telah memiliki lesen memandu Kelas A atau A1 dan memohon tambah kelas pemohon perlu mendaftar di JPJ
Dokumen yang diperlukan:
- Pengenalan diri asal dan salinan
- Kad OKU asal atau salinan
- Kad Pendaftaran kenderaan yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian pemohon asal
- Surat kebenaran dari pemilik kenderaan (jika berkaitan)
- Borang Pemeriksaan Kesihatan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) boleh di muat turun dari KKM
Syarat-syarat Bagi mendapatkan fi nominal (RM2.00):
- Warganegara Malaysia
- Kecacatan fizikal sahaja
- Memiliki lesen memandu kelas tunggal A/A1 atau kombinasi A dan A1
- Memiliki kenderaan yang telah diubahsuai mengikut keupayaan fizikal yang telah diluluskan oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ
- Kemukakan surat kebenaran dari pemilik kenderaan jika bukan kenderaan pemohon tersebut
- Sekiranya pengemaskinian data kepada kelas lesen A atau A1 dibuat, Kelas E dan lesen Vokasional yang dimiliki oleh pemegang lesen memandu akan digugurkan secara automatik kecuali GDL kelas C dan konduktor
Dokumen yang diperlukan:
- Kad OKU asal atau salinan.
- Kad Pendaftaran kenderaan yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian pemohon asal.
- Surat kebenaran dari pemilik kenderaan (jika berkaitan)
- Laporan Pemeriksaan Kesihatan
INFO:KELAS LESEN MEMANDU ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Jenis Kelas Lesen Memandu |
---|
Motosikal OKU Tidak Melebihi 450kg |
Motokar OKU Tidak Melebihi 3500kg |
INFO:KADAR BAYARAN URUSNIAGA LESEN MEMANDU
Jenis Kelas Lesen Memandu | Kadar Bayaran Warganegara (RM) | Kadar Bayaran Bukan Warganegara (RM) | Tempoh |
---|---|---|---|
Lesen Belajar Memandu (LDL) | |||
1. Kelas A | 2.00 | – | 3/6 bulan |
2. Kelas B2 (tunggal) | 2.00/4.00 | 2.00/4.00 | 3/6 bulan |
3. Kelas B/C | 20.00/40.00 | 20.00/40.00 | 3/6 bulan |
4. Kelas D dan lain-lain | 30.00/60.00 | 30.00/60.00 | 3/6 bulan |
Lesen Percubaan (PDL) | |||
1. Kelas A/A1 | 2.00 | – | 2 tahun |
2. Kelas B2 (tunggal) | 2.00 | 120.00 | 2 tahun |
3. Kelas B/C | 40.00 | 120.00 | 2 tahun |
4. Kelas D/DA/F/G/H/I | 60.00 | 120.00 | 2 tahun |
Lesen Memandu Kompeten (CDL) | |||
1. Kelas A/A1 | 2.00 | – | 1 tahun |
2. Kelas B2 (tunggal)/B/C | 20.00 | 60.00 | 1 tahun |
3. Kelas D/E/F/G/H/I | 30.00 | 60.00 | 1 tahun |
Lesen Memandu Vokasional | |||
1. Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)/Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau CON | 20.00 | – | 1 tahun |
2. Permit Memandu Antarabangsa (IDP) | 150.00 | 150.00 | 1 tahun |
3. Salinan Lesen Memandu | 20.00 | 20.00 | – |
4. Cabutan Maklumat Lesen Memandu | 10.00 | 10.00 | – |
5. Pindaan Maklumat Lesen Memandu | 10.00 | 10.00 | – |
6. Tambah Kelas Lesen Memandu | 5.00 | 5.00 | – |