- Home
- /
- Permohonan Lesen Memandu Percubaan...
Permohonan Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri/Cawangan sahaja
Kelayakan bagi permohonan PDL :
Lulus ujian amali bahagian 2 & 3 dan keputusan ujian telah dikemaskini serta masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun.
Pemilik tidak disenaraihitam
Tempoh percubaan adalah 2 tahun bagi kelas yang terawal
Dokumen Yang Diperlukan:
MyKad/Pasport asal MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
Pengenalan diri asal wakil
1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm (pilihan)
Pemegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga asing)
Bayaran RM40.00 untuk kelas B & C (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00) (Warganegara)
Bayaran RM120.00 untuk kelas B2 tunggal, B & C (Bukan Warganegara)
Bayaran RM60.00 bagi kelas D & ke atas (Warganegara)
Bayaran RM120.00 bagi kelas D & ke atas (Bukan Warganegara)