Permohonan Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
Permohonan rayuan lesen memandu tamat tempoh boleh dibuat dikaunter JPJ atau secara atas talian melalui Portal mySIKAP Awam.
Lesen memandu tamat tempoh adalah melibatkan:
- Lesen Memandu Percubaan (PDL) melebihi 1 tahun
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi 3 tahun
- Lesen Memandu Vokasional (GDL/PSV) melebihi 3 tahun
Cara- Cara Permohonan
- Permohonan rayuan boleh dilakukan secara manual di kaunter JPJ Negeri/Cawangan atau secara transaksi dalam talian melalui Portal mySIKAP Awam.
- Kemukakan salinan kad pengenalan/pasport.
- Semakan dan cetakan surat kelulusan rayuan boleh dibuat melalui kaunter JPJ ataupun boleh terus menghubungi Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri selepas 14 hari dari tarikh permohonan.
- Sekiranya berjaya, pemohon dikecualikan dari mengambil ujian Bahagian 1 dan perlu menduduki Ujian Praktikal II dan III.
- Jika permohonan tidak berjaya, maka pemohon dikehendaki memohon lesen memandu sepertimana prosedur biasa.
INFO: Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk meluluskan/ menolak permohonan rayuan.