- Home
- /
- Prosedur Permohonan Pengecualian LKM
Prosedur Permohonan Pengecualian LKM
Jenis Pertubuhan / Badan Yang Layak Memohon:
- Pertubuhan kebajikan yang memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat secara rasmi.
- Pertubuhan yang mempunyai perhubungan rapat dengan kepentingan Kerajaan.
- Pertubuhan keagamaan.
- Syarikat yang menggunakan kenderaan di dalam kawasan operasi yang terhad seperti di ladang-ladang.
- Pertubuhan keagamaan / kebajikan yang memiliki kenderaan mayat.
- Perpustakaan Awam Kebangsaan / Negeri yang memiliki kenderaan yang digunakan sebagai perpustakaan bergerak.
Dokumen yang perlu dikemukakan:
- Dua (2) Borang JPJ K14 Borang JPJ K14 (80.6 kB).
- Satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan bagi tiap-tiap kenderaan yang dipohon untuk pengecualian / pengurangan bayaran;
- Satu (1) salinan Perakuan Perlembagaan dan Perakuan Pendaftaran Pertubuhan.
- Tiga (3) keping gambar kenderaan dari pandangan depan, belakang dan sisi kenderaan; dan
- Satu (1) salinan perjanjian bertulis di antara pemohon dengan Kerajaan Malaysia bagi pertubuhan antarabangsa (jika berkenaan).
* SEMUA SALINAN DOKUMEN BERKENAAN PERLU DISAHKAN
JPJK14_pind_1-2011_042012