Skip to content

Panduan Pemasangan Reflektor MS 828:2011 Pada Kenderaan (pindaan 1/2019)

Pengenalan :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mewajibkan setiap kenderaan perdagangan hendaklah menggunakan reflektor yang telah ditetapkan. Pemasangan ini bermaksud setiap kenderaan perdagangan yang terlibat atau berkaitan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPJ.

Latar Belakang :

Piawaian MS 828:2011 (Road Vehicle – Rear and Side Marking – Specification) telah dibangunkan oleh SIRIM pada tahun 2011 iaitu berdasarkan peraturan UN104 (Retro-Reflective Markings for Heavy & Long Vehicles) yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012. Ianya adalah untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain terutamanya pada waktu malam atau gelap sekaligus dapat mengurangkan jumlah kes kemalangan jalanraya.

Tujuan :

1. Menerangkan kepada pemilik/pengeluar kenderaan tentang prosedur dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk pemasangan reflektor MS 828:2011.

2. Memastikan pemilik/pengeluar kenderaan melakukan pemasangan reflektor  berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Garis Panduan Pemasangan Reflektor MS 828 2011 Pindaan 1 2019

Skip to content