- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Kejuruteraan Automotif
- /
- Panduan Status Motokar Vintaj/Klasik
Panduan Status Motokar Vintaj/Klasik
Perkhidmatan ini membolehkan orang awam memohon pengkelasan kenderaan Vintaj/Klasik mereka bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) seperti Arahan Jabatan Bilangan 13/ 2000 (Pindaan 1/2002), Prosedur Permohonan untuk Mendapatkan Status Motokar Vintaj/Klasik Bagi Tujuan Pengurangan Bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM). Sistem akan mengklasifikasikan kenderaan tersebut mengikut tahun pembuatan di mana 50 tahun dikategorikan kenderaan Vintaj (pengecualian LKM 90%) dan 25 tahun kenderaan Klasik (pengecualian LKM 80%).
Sila rujuk garis panduan berkenaan di lampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Borang Vintaj/Klasik – 2020
Panduan Status Motokar Vintaj/Klasik (2021)