Skip to content
  1. Home
  2. /
  3. Pusat Media
  4. /
  5. Informasi Perkhidmatan JPJ
  6. /
  7. Kenderaan
  8. /
  9. Panduan Memohon Tempahan Nombor...

Panduan Memohon Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan

MAKLUMAT DAN PANDUAN TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN

_________________________________________________________

PENERANGAN UMUM NOMBOR PENDAFTARAN

 

[TAFSIRAN KATEGORI NOMBOR PENDAFTARAN]

 “Nombor Pendaftaran” ertinya tanda indeks yang ditetapkan bagi menunjukkan kawasan pendaftaran di mana kenderaan itu didaftarkan atau status pemunya kenderaan motor itu dan suatu nombor berasingan (Seksyen 11, APJ 1987).

“Nombor Utama (Golden Number)” bermaksud nombor-nombor satu angka (nombor 1-9) dan sentiasa menjadi keutamaan dan bernilai tinggi.

 “Nombor Premium (Premium Number)” bermaksud nombor- nombor dua (2) angka yang sama, belasan, 10, 28 dan 38 yang kerap mendapat bidaan dan bernilai tinggi. 

 “Nombor Menarik (Attractive Number)” bermaksud nombor- nombor dua angka yang sama, tiga (3) angka yang sama, empat (4) angka yang sama dan dua (2) angka selain di atas yang kerap mendapat bidaan dan bernilai tinggi.

 “Nombor Popular (Popular Number)” bermaksud suatu nombor dari kategori selain di atas tetapi kerap mendapat bidaan yang baik dan bernilai sederhana.

 “Nombor Semasa (Running Number)” ialah bermaksud suatu nombor dari kategori selain di atas dan kurang mendapat bidaan dan kerap mempunyai baki.

 “Nombor Baki” ialah nombor kategori Bernilai Utama, Premium, Menarik, Popular dan Semasa yang tidak dibida (baki) selepas bidaan ditutup.

 “Nombor Tamat Tempoh” ialah nombor kategori Bernilai Utama, Premium, Menarik, Popular dan Semasa yang telah tamat tempoh dari tarikh surat tawaran / keputusan berjaya dikeluarkan dan belum didaftarkan ke atas mana-mana kenderaan.

Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI)” ialah nombor pendaftaran yang diperkenalkan sebagai secara siri khas oleh Menteri Pengangkutan Malaysia seperti ‘MALAYSIA’, ‘PUTRAJAYA’ dan ‘M_M’.

  [SENARAI KATEGORI NOMBOR PENDAFTARAN]

 KATEGORI NOMBOR-NOMBOR UTAMA

(GOLDEN NUMBERS)

1          2         3          4          5          6          7          8          9         

 

KATEGORI NOMBOR-NOMBOR PREMIUM

(PREMIUM NUMBERS)

10   11   12   13   14   15   16   17   18   19

22   28   33   38   44   55   66   77   88   99

 

KATEGORI NOMBOR-NOMBOR MENARIK

(ATTRACTIVE NUMBERS)

 DUA (2) DIGIT

 20   21   23   24   25   26   27   29   30   31   32   34   35   36   37   39

40   41   42   43   45   46   47   48   49  50   51   52   53   54   56   57  58   59

60   61   62   63   64   65   67   68   69  70   71   72   73   74   75   76   78   79

80   81   82   83   84   85   86   87   89  90   91   92   93   94   95   96   97   98

TIGA (3) DIGIT

 111    222    333    444    555     666     777    888     999          

 

EMPAT (4) DIGIT

 1111    2222    3333    4444    5555     6666     7777    8888     9999

PANDUAN TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN

[TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN SECARA BIDAAN MELALUI SISTEM JPJ EBID]

JPJ eBid ialah sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara atas talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Sistem ini membolehkan orang awam membuat bidaan untuk nombor plat kenderaan yang dikehendaki tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ.

Ciri-ciri utama sistem JPJ eBid:

  1. Tempoh bidaan: dibuka selama tempoh lima (5) hari, bermula jam 12.00 tengah malam hari pertama hingga 10.00 malam hari kelima.
  2. Boleh dibida oleh individu & syarikat.
  3. Transaksi tanpa tunai: Pembayaran melalui kad debit dan kredit jenis Visa, MasterCard dan AMEX (Kad Tempatan / Local Card) sahaja.
  4. Keputusan bidaan diumumkan dalam 1 hari (24 jam) selepas bidaan tamat.

Cara Membuat Bidaan:

  1. Bidaan dilakukan melalui laman web rasmi https://jpjebid.jpj.gov.my.
  2. Daftar akaun di laman JPJ eBid.
  3. Log masuk dan pilih siri nombor yang sedang dibuka (live) untuk bidaan.
  4. Pilih nombor pilihan anda.
  5. Masukkan jumlah bidaan (mengikut kategori nombor pendaftaran).
  6. Membuat pembayaran.
  7. Tunggu keputusan bidaan.

[TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN KATEGORI SEMASA SIRI NEGERI ATAU SIRI NOMBOR PENDAFTARAN ISTIMEWA (NPI) MELALUI PORTAL JPJ]

Tempahan dan pembelian nombor pendaftaran bagi kategori semasa (running) bagi siri negeri dan NPI boleh dibuat melalui Portal Rasmi JPJ.

Cara Membuat Tempahan & Pembelian:

  1. Daftar / Log masuk kali pertama portal mySIKAP JPJ bagi akaun individu / syarikat di laman web https://public.jpj.gov.my/
  2. Log masuk dengan masukkan ID pengguna, kata laluan dan kod sekuriti (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul)
  3. Pilih menu Kenderaan – Tempahan Nombor Pendaftaran – Pilih sama ada “Nombor Pendaftaran Semasa” atau “Nombor Pendaftaran Istimewa”
  4. Buat pilihan siri dan nombor.
  5. Buat pembayaran.
  6. Cetak Resit.

 [TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN KATEGORI SEMASA, NOMBOR BAKI ATAU NOMBOR TAMAT TEMPOH MELALUI KAUNTER JPJ NEGERI]

Tempahan dan pembelian nombor pendaftaran bagi kategori semasa (running), nombor baki atau nombor tamat tempoh boleh dibuat di mana-mana JPJ Negeri/ Cawangan (kecuali Pejabat UTC).

Cara Membuat Tempahan & Pembelian:

  1. Hadir ke JPJ Negeri yang berhampiran dengan mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Pilihan (hyperlink borang) beserta sesalinan kad pengenalan pemohon / identiti pengenalan syarikat.
  2. Buat pilihan siri dan nombor kategori semasa (running), nombor baki atau nombor tamat tempoh yang boleh dibuat tempahan dan pembelian.
  3. Dapatkan kelulusan
  4. Membuat pembayaran.
  5. Cetak Resit pembayaran.
Kategori Nombor Pendaftaran Harga Bayaran Tawaran
Nombor Bernilai Utama (Golden Number) RM20,000.00
Nombor Menarik (Attractive Number) RM3,000.00
Nombor Popular (Popular Number) RM800.00
Nombor Semasa (Running Number) RM300.00

KEPUTUSAN

1.  Surat Keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.

2.  Bagi pemohon yang tidak berjaya,draf bank/kiriman wang akan dikembalikan.

3.  Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.

4.  Pemohon yang berjaya hendaklah mendaftarkan dan membayar nombor tersebut dalam tempoh yang dinyatakan seperti di bawah mengikut kategori permohonan dari tarikh kelulusan:

5.  Pemohon yang berjaya tetapi tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis. Bayaran penuh tempahan tidak akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

6.  Nombor pendaftaran yang berjaya dibida hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.

​​​​​​​7.  Permohonan penangguhan pendaftaran adalah TIDAK DIBENARKAN.

​​​​​​​8.  Permohonan untuk mendapatkan pengurangan harga bagi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditempah TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN .

​​​​​​​9.  Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.

MAKLUMAT TAMBAHAN

​​​​​​​1.  Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.

​​​​​​​2.  Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

​​​​​​​3.  Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.

​​​​​​​4.  Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

Kategori Permohonan Tempoh Mendaftar Tempoh Membayar
Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran 12 Bulan
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan 6 Bulan 14 Hari
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas) 6 Bulan 14 Hari

5.  Pemohon yang berjaya tetapi tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis. Bayaran penuh tempahan tidak akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

6.  Nombor pendaftaran yang berjaya dibida hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.

​​​​​​​7.  Permohonan penangguhan pendaftaran adalah TIDAK DIBENARKAN.

​​​​​​​8.  Permohonan untuk mendapatkan pengurangan harga bagi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditempah TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN .

​​​​​​​9.  Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.

MAKLUMAT TAMBAHAN

​​​​​​​1.  Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.

​​​​​​​2.  Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

​​​​​​​3.  Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.

​​​​​​​4.  Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

BORANG M.V.10

BORANG M.V.10A

BORANG M.V.10B

Skip to content