- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Kenderaan
- /
- Spesifikasi No Plat Kenderaan
Spesifikasi No Plat Kenderaan
SPESIFIKASI NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN
(NOMBOR PLAT)
_________________________________________________________
[SPESIFIKASI NOMBOR PLAT MOTOKAR DAN MOTOSIKAL] Spesifikasi nombor plat kenderaan di Malaysia adalah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan merujuk kepada Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan 1959) dan mesti mematuhi piawaian tertentu dari segi saiz, fon, warna, dan bahan. Maklumat umum spesifikasi nombor plat adalah seperti berikut:
Jenis Kenderaan : Selain Motosikal
- Menggunakan font jenis Arial Bold. Ukuran ketinggian huruf dan angka hendaklah 70 milimeter. Setiap Bahagian bagi setiap huruf atau angka hendaklah 10 milimeter lebar dan lebar keseluruhan jarak yang diambil bagi setiap angka, kecuali angka 1, hendaklah 40 milimeter.
- Jarak di antara setiap huruf dan setiap nombor hendaklah 10 milimeter.
- Jarak di antara barisan huruf dan barisan angka (susunan dua barisan), hendaklah 10 milimeter.
Jenis Kenderaan: Motosikal
- Menggunakan font jenis Arial Bold. Ukuran ketinggian huruf dan angka hendaklah 40 milimeter. Setiap Bahagian bagi setiap huruf atau angka hendaklah 7 milimeter lebar dan lebar keseluruhan jarak yang diambil bagi setiap angka, kecuali angka 1, hendaklah 30 milimeter.
- Jarak di antara setiap huruf dan setiap nombor hendaklah 10 milimeter.
- Jarak di antara barisan huruf dan barisan angka (susunan dua barisan), hendaklah 10 milimeter.
Tiga (3) Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan, PBB dan International Natural Rubber Association.
- Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
[CONTOH SPESIFIKASI DAN UKURAN NOMBOR PLAT]
[SPESIFIKASI REKAAN PLAT KHAS – JPJ ePLAT]
JPJ ePlate ialah plat nombor khas yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bermula September 2024. Pelaksanaan fasa pertama penggunaan JPJ ePlate adalah diwajibkan bagi pendaftaran baharu kenderaan tanpa pelepasan gas (Zero-Emission Vehicles, ZEV).
Ciri-Ciri Rekaan JPJePlate:
- Warna Latar Belakang: Putih
- Tulisan: Hitam
- Kod Indeks: Warna hijau untuk menunjukkan kenderaan elektrik.
- Rekaan khas: memiliki bendera Malaysia di sebelah kiri plat nombor
Ciri-Ciri Keselamatan:
- Jalur Holografik: Untuk pantulan yang jelas pada waktu malam
- Fungsi Anti-Pemalsuan: fon unik, hologram dan pengenalan dwi (plat dan stiker) yang mengandungi kod QR sebagai tandatangan digital menjadikan plat nombor JPJePlate tidak boleh dipalsukan
- Nombor Siri Ukiran Laser: Setiap plat mempunyai nombor siri unik
- Cip RFID Terbenam: Untuk pengecaman digital dan integrasi dengan sistem penguatkuasaan
- Skru Anti-Kecurian: Skru keselamatan sehaluan berfungsi sebagai pemegang keselamatan kekal yang digunakan semasa memasang plat nombor JPJePlate pada kenderaan anda
[CONTOH SPESIFIKASI DAN UKURAN NOMBOR PLAT]