- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Pemandu
- /
- Pembaharuan Lesen Belajar Memandu...
Pembaharuan Lesen Belajar Memandu (LDL)
Pembaharuan lesen belajar memandu boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB)
Syarat- syarat pembaharuan:
- Tempoh LDL tidak melebihi 2 tahun
- Tidak disenaraihitamkan
Dokumen yang diperlukan:
- MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
- Pengenalan diri asal wakil;
- Lesen memandu asal/salinan;
- Dokumen pengenalan diri wakil yang asal;
- 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing);
- Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.