- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Pemandu
- /
- Permohonan Lesen Vokasional (GDL,...
Permohonan Lesen Vokasional (GDL, PSV Dan Konduktor)
Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri dan Cawangan sahaja.
Kelayakan bagi permohonan Lesen Vokasional:
- Permohonan hanya dibenarkan kepada pemegang pengenalan diri bagi kategori warganegara Malaysia (MyKad) sahaja kecuali warganegara Singapura.
- Permohonan bagi warganegara Singapura hanya boleh dilakukan di pejabat JPJ Johor Bahru sahaja dan pasport pemohon hendaklah masih berkuatkuasa
- Memiliki CDL dengankelas yang setara.
- Bagi CON dan GDL Kelas C dikecualikan daripada memiliki CDL.
- Pengesahan kesihatan daripada Pengamal Perubatan Berdaftar melalui Borang JPJL8A berserta resit bayaran pemeriksaan asal. Tempoh sah laku Borang JPJL8A dan resit bayaran pemeriksaan adalah satu (1) tahun.
- Lulus ujian amali dan keputusan ujian tidak melebihi tempoh satu (1) tahun dari tarikh ujian dijalankan (PSV Bas BTM>7500 kg dan GDLBTM>7500 kg (Bersendi).
- Permohonan Lesen Vokasional boleh dilaksanakan di mana-mana JPJ Negeri/ JPJ Cawangan setelah keputusan dikemaskini di dalam sistem mySIKAP oleh pejabat JPJ di mana calon menduduki ujian.
Dokumen yang diperlukan:
- MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
- Pengenalan diri asal wakil
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal mestilah berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
- Borang JPJL8A.
- Borang JPJL12.
- Sijil JPJL2C
- 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
- Bayaran RM20.00
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga Singapura)