Skip to content
Portal Rasmi
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
Laman Utama / Pusat Media / Informasi Perkhidmatan JPJ / Pemandu / Permohonan Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh

Permohonan Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh

Permohonan rayuan lesen memandu tamat tempoh boleh dibuat dikaunter JPJ atau secara atas talian melalui Portal mySIKAP Awam.

Lesen memandu tamat tempoh adalah melibatkan:

  1. Lesen Memandu Percubaan (PDL)  melebihi 1 tahun
  2. Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi 3 tahun
  3. Lesen Memandu Vokasional (GDL/PSV) melebihi 3 tahun


Cara- Cara Permohonan

  1. Permohonan rayuan boleh dilakukan secara manual di  kaunter JPJ Negeri/Cawangan atau secara transaksi dalam talian melalui Portal mySIKAP Awam.
  2. Kemukakan salinan kad pengenalan/pasport.
  3. Semakan dan cetakan surat kelulusan rayuan boleh dibuat melalui kaunter JPJ ataupun boleh terus menghubungi Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri selepas 14 hari dari tarikh permohonan.
  4. Sekiranya berjaya, pemohon dikecualikan dari mengambil ujian Bahagian 1 dan perlu menduduki Ujian Praktikal II dan III.
  5. Jika permohonan tidak berjaya, maka pemohon dikehendaki memohon lesen memandu sepertimana prosedur biasa.


INFO: Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk meluluskan/ menolak permohonan rayuan.

Skip to content