- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Penguatkuasaan
- /
- Cara Membayar Saman JPJ
Cara Membayar Saman JPJ
Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.
- Saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
- Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman (JPJ P22) dan jumlah bayaran.
- Bagi saman atas sebab ketidak patuhan kepada notis (Notis Temusiasat 114, Notis Mengemukakan Maklumat Pemandu 115, Notis Arah Periksa 61(1)), Notis asal hendaklah diselesaikan dahulu sebelum bayaran boleh dibuat.
- Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.
Dimana Saman Boleh Dibayar
Saman JPJ boleh dibayar di tempat berikut:
- Melalui aplikasi myJPJ, Portal awam JPJ, dan MyEG
- Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan, Pejabat Kecil JPJ, UTC & Kios JPJ.