- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Penguatkuasaan
- /
- Prosedur Menuntut Kenderaan Disita…
Prosedur Menuntut Kenderaan Disita JPJ
Di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Pegawai Pengangkutan Jalan boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu, identiti kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan.
Kenderaan yang disita oleh JPJ boleh dituntut/dilepaskan apabila perkara berikut telah diselesaikan :-
- Setelah identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti.
- Kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan/diatasi.
- Dilepaskan oleh mahkamah (Perintah Mahkamah).
Pelepasan kenderaan sita
Kenderaan disita akan dilepaskan kepada pihak yang berkenaan seperti di bawah :-
- Pemunya / pemilik berdaftar.
- Institusi Kewangan (jika tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan, dan perlu ada perintah mahkamah).
- Agensi Kerajaan seperti Polis / Kastam.
- Orang yang diberi kuasa di bawah Pentadbir Pusaka (Pemilik telah meninggal dunia).
- Bagi kenderaan syarikat mereka yang layak hadir menuntut kenderaan adalah :-
- Pengarah
- Pengurus Syarikat
- Setiausaha Syarikat
- Pegawai/wakil Syarikat yang diberi Kuasa Secara Bertulis
Dokumen yang diperlukan
Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut :-
- LKM dan Insuran yang Sah (Jika berkaitan)
- Lesen Memandu yang sah dan masih berkuatkuasa
- Kad Pengenalan dan Salinan
- Lesen Pengendali / Permit Asal (Kenderaan Perdagangan / Sekolah Memandu)
- Borang 49 SSM (Kenderaan Syarikat)