- Home
- /
- Pusat Media
- /
- Informasi Perkhidmatan JPJ
- /
- Penguatkuasaan
- /
- Sistem Profail Pemandu Vokasional...
Sistem Profail Pemandu Vokasional (SPPV)
1. Sistem Profail Pemandu Vokasional telah dibangunkan di dalam pangkalan data JPJ bertujuan mewujudkan satu pusat rujukan maklumat mengenai profail pemandu vokasional.
2. Syarikat-syarikat pengangkutan atau persatuan-persatuan pengangkutan boleh memohon maklumat pemandu vokasional sebelum seseorang pemandu diambil bekerja bagi memastikan pemandu tersebut tidak mempunyai rekod buruk terhadap pelanggaran undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.
3. Maklumat-maklumat yang boleh diperoleh melalui semakan sistem ini ialah
- maklumat demografik pemandu
- maklumat lesen pemandu
- maklumat penggantungan lesen
- maklumat senarai hitam pemandu
- maklumat saman
- maklumat di atas adalah berdasarkan kepada maklumat sedia ada dalam pangkalan data JPJ sahaja.
4. Cetakan profail pemandu vokasional hanya boleh dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ dan belum diperluaskan kepada JPJ Negeri. Tiada bayaran dikenakan kepada pemohon untuk maklumat di atas.
5. Pemohonan semakan profail pemandu vokasional hendaklah dikemukakan dengan menggunakan letter head syarikat atau persatuan serta di lampirkan bersama Nama dan Nombor Kad Pengenalan Pemandu dan hendaklah dihantar ke alamat berikut seperti di bawah
Bahagian Penguatkuasa,
Ibu Pejabat JPJ Malaysia,
Aras 3 , No. 26, Jalan Tun Hussein,
Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62100 PUTRAJAYA.
No. Tel : 03-88928878
No Faks : 03 88866726