Sistem Kejara adalah singkatan kepada Sistem Keselamatan Jalan Raya, Iaitu suatu prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan terjadual di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
Merupakan senarai kesalahan yang telah ditetapkan di dalam Kaedah 5, Jadual 4 Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017.
Sebanyak 20 kesalahan yang telah dikenalpasti boleh menyebabkan kemalangan serius atau kemalangan maut dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain dimasukkan di dalam senarai kesalahan di bawah pelaksanaan sistem mata demerit.
Sistem ini telah dilaksanakan bermula pada 05 April 2017.
Pemandu yang melakukan kesalahan terjadual akan disaman dan apabila membayar kompaun atau mendapat hukuman daripada Mahkamah.
Mana-mana pemandu yang melakukan kesalahan terjadual akan diberikan mata demerit seperti berikut:
Peringkat |
Tindakan |
|
Lesen Memandu Kompeten (CDL) |
Lesen Memandu Percubaan (PDL) |
|
20 mata pertama |
Amaran |
Batal |
20 mata kedua |
Lesen digantung 6 – 8 Bulan |
- |
20 mata ketiga |
Lesen digantung 8 -10 bulan |
- |
20 mata keempat |
Lesen digantung 10 – 12 bulan |
- |
Ya, Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah JPJ apabila pemandu tersebut telah menjalani tiga kali penggantungan lesen memandu dalam tempoh lima tahun, manakala bagi Lesen Memandu Percubaan (PDL) boleh dibatalkan apabila mata demerit mencapai 20 mata atau lebih.
-
- Tidak boleh memandu dalam tempoh penggantungan/pembatalan
- Tidak boleh memohon apa-apa kelas lesen memandu dalam tempoh penggantungan/pembatalan
- Lesen memandu dan urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atas nama pemandu akan disekat sepanjang tempoh penggantungan/pembatalan.
Menjadi satu kesalahan jika mana-mana pemandu yang memandu suatu kenderaan motor ketika lesen memandunya digantung atau dibatalkan. Kesalahan ini akan dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada tiga ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.
YA. Mata demerit tetap akan diberi walaupun ketika lesen memandu saya sedang digantung.
Apabila suatu lesen memandu telah dibatalkan oleh Ketua Pengarah JPJ di bawah Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017, seseorang itu boleh memohon semula lesen memandu (proses seperti pemohon baharu lesen memandu) selepas dua belas bulan daripada tarikh pembatalan lesen memandu itu.
YA. Penggantungan/pembatalan lesen memandu kompeten akan menyebabkan lesen vokasional (GDL dan PSV) sesorang itu turut digantung atau dibatalkan.
Penggantungan atau pembatalan lesen memandu akan bermula apabila pemegang lesen memandu itu menyerahkan fizikal lesen memandunya di mana-mana pejabat JPJ yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dalam tempoh Dua Puluh Satu (21) hari daripada tarikh penyampaian notis itu dibuat atau selepas 21 hari daripada tarikh penyampaian notis itu.
Tindakan penggantungan/pembatalan tetap juga akan dilakukan sebaik sahaja tempoh Dua Puluh Satu hari (21) itu tamat.
TIDAK. Lesen memandu saya tidak akan dibatalkan kerana tiga (3) kali penggantungan lesen memandu saya berlaku melebihi lima tahun.
TIDAK. Pengurangan mata demerit sebanyak 50 peratus hanya boleh diberikan dalam keadaan berikut:
-
- mana-mana pemandu yang tidak melakukan kesalahan terjadual dalam tempoh dua belas bulan daripada kesalahan terakhir; atau
- JPJ telah menawarkan kursus pemulihan kepada pemegang lesen memandu yang telah mengumpul sejumlah mata demerit.
Insentif ini hanya diberikan sekali sebelum tempoh penggantungan atau sebelum pembatalan lesen memandu.
JPJ akan mengeluarkan notis amaran, penggantungan atau pembatalan lesen memandu kepada pemegang lesen memandu secara pos berdaftar kepada alamat pemegang lesen memandu.
Semakan mata demerit boleh dibuat di aplikasi myJPJ dan portal awam JPJ. Sebarang pertanyaan berhubung dengan sistem pemberian mata demerit boleh diemelkan kepada kejara @jpj.gov.my.