Perakuan pendaftaran kenderaan bermaksud perakuan pendaftaran kenderaan asal telah tiada atas sebab-sebab berikut:-
- hilang : tiada dalam kawalan dan simpanan yang disebabkan oleh keciciran, kecurian dan lain-lain sebab yang membawa maksud sedemikian; atau
- binasa : tiada dalam kawalan dan simpanan yang disebabkan oleh kebakaran dan lain-lain sebab yang membawa maksud sedemikian; atau
- rosak : ada dalam kawalan dan simpanan tetapi maklumat-maklumat kenderaan motor gagal dibaca dengan sempurna disebabkan oleh kejadian reput, terbakar, pudar dan lain-lain sebab yang membawa maksud sedemikian.
Perakuan Pendaftaran kenderaan baru yang dikeluarkan oleh jpj dinamakan sebagai salinan perakuan pendaftaran kenderaan.
Untuk makluman, bagi kenderaan yang tarikh luput LKM terakhirnya adalah melebihi tiga (3) tahun daripada tarikh permohonan, kenderaan perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan seperti berikut :-
a) Pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan; atau
b) Pemeriksaan PG10 bagi motorsikal milik individu sahaja dan motosikal yang diperiksa semasa program yang dianjurkan oleh JPJ atau motorsikal yang disita oleh JPJ sahaja.
Tidak boleh kerana menurut Seksyen 10 APJ 1987 iaitu permohonan untuk pendaftaran menyatakan bahawa tiada suatu pun kenderaan motor boleh didaftarkan kecuali kenderaan itu mempunyai nombor enjin dan casis yang terang, jelas dan tidak terusik.
Boleh, pembaharuan LKM boleh dibuat seawal dua (2) bulan sebelum tarikh tamat tempoh LKM.
Pemilik berdaftar/wakil perlu membuat permohonan permit perjalanan sementara(PPS) di pejabat jpj dengan syarat insurans kenderaan hendaklah berkuatkuasa.
Resolusi perlu disediakan jika terdapat penjualan kenderaan dan seterusnya memerlukan persetujuan penjualan oleh Lembaga Pengarah syarikat tersebut bagi membolehkan urusniaga THM dilaksanakan.
i. Resolusi awal/ resolusi asal memerlukan tandatangan semua Lembaga Pengarah di Syarikat berkenaan dan seterusnya menjadikan resolusi syarikat tersebut sebagai Master Copy untuk membuat urusniaga Tukar Hak Milik.
ii. Syarikat boleh mengemukakan mana-mana dokumen sokongan (Corporate Information/ Lesen Perniagaan/ Surat rasmi penubuhan daripada MITI atau MOF dan Resolusi Syarikat) sebagai Master Copy dengan syarat terdapat permohonan Tukar Hak Milik >5 kali sebulan / >3 permohonan dalam satu masa.
iii. Tempoh sah simpanan Master Copy adalah tidak melebihi satu (1) tahun daripada tarikh cetakan.
iv. Master Copy perlu diubah jika terdapat perubahan ahli Lembaga Pengarah.
v. Boleh rujuk pada Akta Syarikat tentang resolusi syarikat.
i. Resolusi asal atau resolusi awal boleh dilampirkan bersama dengan resolusi baru untuk tujuan penurunan kuasa sebagai wakil.
ii. Syarikat boleh menurunkan kuasa kepada Setiausaha atau kakitangan syarikat sebagai wakil dengan mengeluarkan Surat Kuasa.
iii. Wakil syarikat yang dilantik perlu menandatangi Borang JPJK3.
i. Sekiranya dokumen menunjukkan berlaku penurunan kuasa yang sah kepada wakil yang dilantik dan verifikasi telah dibuat, maka permohonan urusniaga THM boleh dilaksanakan.
ii. Tandatangan boleh diterima sekiranya terdapat perbezaan yang tidak terlalu ketara dengan syarat urusniaga THM dilaksanakan secara teratur.
i. Ya, transaksi Tukar Hak Milik boleh dibuat secara atas talian hanya apabila transaksi tersebut adalah kenderaan persendirian individu dan/atau kenderaan persendirian syarikat iaitu kenderaan motor yang tiada permit.
ii. Namun, warga asing tidak dibenarkan membuat transaksi secara atas talian( perlu hadir ke kaunter JPJ).
i. Syarikat boleh melantik dua(2) orang wakil untuk melaksanakan transaksi secara atas talian.
ii. Wakil pertama sebagai pentadbir/operator manakala wakil kedua sebagai pelulus bagi transaksi yang sama- dan menggunakan ID syarikat yang sama.
iii. Pengesahan wakil perlu dibuat di kaunter untuk transaksi kali pertama sahaja.
i. Penggunaan ID yang sama dalam transaksi THM melibatkan pemunya berdaftar dan pemunya baru(walaupun THM antara staf inter-bahagian dalam syarikat yang sama) adalah tidak dibenarkan.
i. Hanya dokumen Corporate Information sahaja diperlukan dan memadai untuk urusniaga THM.