Skip to content
  1. Home
  2. /
  3. e-Aduan@JPJ

Aplikasi e-Aduan@JPJ

  1. Aplikasi ini telah dilancarkan pada 1 April 2022 sempena Sambutan Ulang Tahun JPJ yang ke 76 di Dewan Muafakat Ayer Hitam, Johor.
  2. Aplikasi ini dibangunkan bertujuan :
    • mendidik pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya;
    • mengwujudkan “Perception Of Being Caught” dikalangan pengguna jalan raya;
    • menjadikan jalan raya selamat digunakan oleh semua;
    • menyediakan suatu platform yang mesra pengguna dalam menyalurkan aduan berhubung kesalahan lalulintas.

3. Aplikasi ini membolehkan pengguna menyalurkan aduan lalulintas bagi sembilan (9) jenis kesalahan utama seperti berikut :

    • Gagal Mematuhi Lampu Isyarat Merah;
    • Memotong Garisan Berkembar;
    • Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Memandu;
    • Memandu Di Lorong Kecemasan;
    • Tidak Memakai Talipinggang Keledar / Topi Keledar;
    • Memotong Sebelah Kiri;
    • Memotong Barisan;
    • Cermin Gelap; dan
    • Nombor Plat Fancy.

4. Aplikasi ini berada di MyJPJ dan boleh dimuat turun di Playstore, Apple Store & Huawei Store.

5. Orang awam hanya perlu melalui tatacara berikut untuk menyalurkan aduan;

  • Muat turun aplikasi MyJPJ
  • Daftar ID Awam diplatform atau di JPJ Portal (www.jpj.gov.my)
  • Log Masuk
  • Pastikan Data GPS diatifkan
  • Pilih kesalahan yang bersesuaian
  • Muat naik gambar / video /pautan berkaitan kesalahan
  • Lengkapkan maklumat yang disediakan
  • Hantar
  • Perakuan sebagai saksi JPJ

a. Carta Alir Aduan

b. Taklimat Aplikasi Aduan

Skip to content