- Home
- /
- Permohonan Tempahan Ujian Memandu...
Permohonan Tempahan Ujian Memandu Bahagian II Dan III
Permohonan Tempahan Ujian Memandu Bahagian II dan III (meletak kenderaan / jalan raya ) boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan Pejabat JPJ Cawangan sahaja.
Calon-calon mestilah lulus Ujian Undang-undang Bahagian I dan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
- Kad Pengenalan/Pasport (asal dan salinan).
- Kad Penetapan Ujian Memandu (JPJL3 yang lengkap diisi oleh pemohon)
- Lesen Belajar Memandu (asal/salinan) yang masih berkuatkuasa
- Borang SM4 yang lengkap
- Sijil Insurans (bagi golongan OKU, juka perlu)
- Surat Kebenaran menggunakan kenderaan daripada pemilik kenderaan (bagi golongan OKU, jika perlu)
Bahagian II:
- Ujian mendaki bukit dan ujian meletak kenderaan.
- Bahagian III:
- Ujian memandu di jalan raya.