ARTIKEL PILIHAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

Pelaksanaan Peraturan United Nations (UN) di Malaysia

Pengenalan

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pengangkutan telah menganggotai World Forum for Harmonization of Vehicle Regulations (WP.29) sejak 4 April 2006. Melalui penganggotaan ini, Kerajaan Malaysia telah menandatangani satu Perjanjian iaitu:

 

Perjanjian 1958 (Agreement concerning Adoption of Uniform Technical Prescriptions)

Perjanjian 1958 merupakan satu Perjanjian yang mewajibkan proses pensijilan bagi setiap kelulusan piawaian teknikal ke atas produk atau sistem automotif.

 

Sebagai Negara Penjanji di bawah WP.29, Malaysia mempunyai obligasi untuk mewartakan Peraturan UN ke dalam Perundangan Negara iaitu Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

Pensijilan E-Marking

Pensijilan E-marking ialah proses penilaian, pematuhan, pengujian dan pensijilan yang dilaksanakan terhadap komponen automotif dan sistem kenderaan bermotor berdasarkan peraturan UN untuk memastikan tahap keselamatan sesuatu kenderaan.

 

Pensijilan E-marking membolehkan penandaan E-marking digunakan dan diletakkan di setiap komponen oleh pihak pengeluar atau pengilang bagi menunjukkan komponen atau sistem tersebut mematuhi Peraturan UN.

 

WP.29 telah mengiktiraf Malaysia dengan penandaan E52 yang menunjukkan pensijilan dilakukan dan diluluskan oleh negara Malaysia.

Setiap Negara Penjanji harus menerima dan memperakui kelulusan dan pensijilan yang telah diluluskan oleh Negara Penjanji yang lain.

 

 

Pelaksanaan 100 Peraturan Un Menjelang Tahun 2017

Sehingga kini, sebanyak 100 Peraturan UN daripada 136 Peraturan UN telah diwartakan ke dalam Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 yang dilaksanakan menerusi Proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) seperti berikut: 

 

 

SENARAI PERATURAN UNITED NATIONS (UN) 

PELAKSANAAN PERATURAN UN BERDASARKAN KATEGORI KENDERAAN

Pelaksanaan 100 Peraturan UN menjelang tahun 2017 berdasarkan kategori kenderaan adalah seperti berikut:

 

 

 

 

Pelaksanaan rangka kerja Peraturan UN di Malaysia merupakan salah satu inisiatif dan mekanisma dalam memastikan tahap keselamatan kenderaan berada pada paras tertinggi untuk digunakan di atas jalan raya.

 

Selain itu, rangka kerja tersebut juga berupaya memastikan sesebuah kenderaan adalah selamat dan layak dipandu disamping menjamin kelestarian alam sekitar.

Tags
jpj united nation
Attachments
Sebelum