Permohonan bayaran balik LKM adalah bergantung kepada pilihan yang dibuat semasa pembaharuan LKM.
Sekiranya pelanggan memilih untuk mendapatkan disk LKM (fizikal) semasa pembaharuan, pelanggan perlu mengemukakan semula LKM tersebut semasa permohonan bayaran balik. Ini tidak terpakai sekiranya pelanggan memilih menggunakan LKM digital semasa pembaharuan.
Bagaimanapun, prosedur ini hanya terpakai untuk kenderaan persendirian yang memperbaharui LKM pada atau selepas 10 Februari 2023. Bagi kenderaan lain selain daripada milik persendirian, ia adalah masih tertakluk kepada prosedur sedia ada.
Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi Bayaran Balik LKM ialah:
Tanggungjawab Pemohon (Individu)
- Borang JPJ K6
- Salinan ID Pemunya Berdaftar. Salinan Dokumen Pengenalan Diri (MyKad/ MyPR/ Passport) Pemunya Berdaftar.
- Salinan ‘Butir-butir Bayaran Balik LKM’ yang dicetak daripada Sistem MySIKAP.
- Maklumat nama dan nombor akaun pemunya berdaftar.
- Disk LKM yang dibatalkan (sekiranya pelanggan memilih untuk mendapatkan fizikal LKM semasa pembaharuan)
- Laporan polis sebagai ganti disk LKM bagi kenderaan hilang/ kecurian/ kebakaran atau terlibat kemalangan (jika berkaitan)
- Pengesahan perwakilan kuasa pemilik kenderaan (pemunya berdaftar) kepada wakil.
Tanggungjawab Pemohon (Syarikat)
- Borang JPJ K6
- Salinan ’Butir-Butir Bayaran Balik LKM’ yang dicetak daripada Sistem mySIKAP atau resit/ slip bagi urusniaga pertukaran hakmilik di portal awam JPJ atau sistem luar melalui ejen pemungut atau rakan strategik JPJ.
- Disk LKM yang dibatalkan (sekiranya pelanggan memilih untuk mendapatkan fizikal LKM semasa pembaharuan)
- Maklumat nama dan nombor akaun bank pemunya berdaftar (e-Penyata Akaun Bank/ Penyata Akaun Bank Ringkas berserta LetterheadBank / Penyata Akaun Bank Terperinci berserta Letterhead Bank).
- Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pemunya Berdaftar (individu/ syarikat). Bagi permohonan yang dilakukan oleh wakil, perlu disertakan bersama Dokumen Pengenalan Diri asal dan salinan Dokumen Pengenalan Diri wakil.
- Salinan Borang 49/ Borang 9/ Borang 13/Borang D – Akta Syarikat 1965 (Jika Berkaitan). Bagi Sabah dan Sarawak, Borang Lesen Perniagaan (LP) oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang Berkenaan (SSM/LP).
- Salinan Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi (Jika Berkaitan).
- Surat kuasa (surat rasmi dengan “letterhead” bercetakan komputer berserta cop rasmi Syarikat/ Agensi) kepada wakil bagi kenderaan Syarikat/Agensi.
- Laporan polis sebagai ganti disk LKM bagi kenderaan hilang/ kecurian/ kebakaran atau terlibat kemalangan (jika berkaitan)
Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi Bayaran Balik selain LKM ialah:
Permohonan Pulangan Balik Hasil selain LKM secara bertulis.(Borang SPANM bil.3/2019 Lampiran D3)
- Salinan Resit Rasmi
- Salinan ID Pemohon
- Maklumat nama dan nombor akaun bank pemegang kad kredit/debit (Penyata akaun bank ringkas beserta Letterhead)
- Salinan Bukti Pembayaran: Penyata Bank atau Penyata Kad Debit/Kredit
- Lain-lain dokumen berkaitan bagi menyokong tuntutan yang dibuat (Jika Perlu).
Permohonan bayaran balik boleh dikemukakan mengikut saluran pembaharuan LKM/LMM atau bayaran dibuat seperti berikut:
- Pembaharuan melalui kaunter/ kios/ JPJ Mobile– dikemukakan secara manual kepada Cawangan JPJ berhampiran.
- Pembaharuan melalui Portal JPJ/ Aplikasi MyJPJ – dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Hasil Ibu Pejabat, JPJ melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JPJ.
Pembaharuan melalui rakan strategik (MyEG/ POS Malaysia/ PUSPAKOM) – dikemukakan kepada saluran yang berkenaan.