ARTIKEL PILIHAN PEMANDU

Pembaharuan Lesen Belajar Memandu (LDL)

Pembaharuan lesen belajar memandu boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB)  

 

Syarat- syarat pembaharuan:

 

  1. Tempoh LDL tidak melebihi 2 tahun
  2. Tidak disenaraihitamkan


Dokumen yang diperlukan:

 

  1. MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
  2. Pengenalan diri asal wakil;
  3. Lesen memandu asal/salinan;
  4. Dokumen pengenalan diri wakil yang asal;
  5. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing);
  6. Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.
Tags
jpj ldl pembaharuan lesen belajar memandu
Sebelum