ARTIKEL PILIHAN PEMANDU

Permohonan Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Permohonan boleh di buat di mana-mana pejabat JPJ negeri / cawangan sahaja

 

Kelayakan bagi permohonan CDL:

 

  1. Memohon dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan
  2. Tempoh permohonan adalah satu (1) tahun dari tarikh tamat tempoh kuatkuasa PDL
  3. Pemilik tidak disenaraihitam
  4. Lesen memandu boleh dipohon bagi tempoh 1 hingga 5 tahun

 

Dokumen Yang Diperlukan:

 

  1. MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  2. Pengenalan diri asal wakil
  3. 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm (pilihan)
  4. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga asing)
  5. Bayaran RM20.00 untuk kelas B2, B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Bayaran RM30.00 bagi kelas D & ke atas (Warganegara)
  6. Bayaran RM120.00 untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara)
Tags
jpj permohonan lesen kompeten cdl
Sebelum