ARTIKEL PILIHAN PEMANDU

Permohonan Lesen Vokasional (GDL, PSV Dan Konduktor)

Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri dan Cawangan sahaja.

 

Kelayakan bagi permohonan Lesen Vokasional:

 

  1. Telah lulus pemeriksaan perubatan sebagaimana disyaratkan
  2. Telah menghadiri kelas teori dan latihan amali sebagaimana disyaratkan
  3. Lulus ujian teori dan amali sebagaimana disyaratkan
  4. Lesen Memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
  5. Pemohon warganegara Singapura hanya layak memohon di JPJ Johor Bahru sahaja

 

 Dokumen yang diperlukan:

 

  1. MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  2. Pengenalan diri asal wakil
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal mestilah  berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
  4. Borang JPJL8A.
  5. Borang JPJL12.
  6. Sijil JPJL2C
  7. 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  8. Bayaran RM20.00
  9. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga Singapura)
Tags
jpj permohonan lesen vokasional gdl psv konduktor
Sebelum