KENYATAAN MEDIA RASMI

Kemalangan bas ekspress di KM 265.8 lebuh raya plus arah selatan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa memberi keutamaan dalam mengekalkan sistem pengurusan pemandu kenderaan perkhidmatan awam berada ditahap yang terbaik. Sebagai langkah kawalan penguatkuasaan, JPJ sentiasa membuat pemeriksaan teknikal di Depoh dan Terminal Bas bagi memastikan keselamatan penumpang yang menggunakan kenderaan perkhidmatan awam sentiasa terjamin.

Sepanjang tempoh Operasi Hari Raya Aidilfitri 2016, sebanyak 6,847 buah bas telah diperiksa di Depoh dan Terminal Utama Bas di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 buah bas gagal dalam pemeriksaan teknikal dan tidak dibenarkan beroperasi sehingga pembaikan pada teknikal bas dibuat.

Bagi memastikan kenderaan perkhidmatan awam yang berada di jalan raya diselenggara dengan baik, kenderaan tersebut perlu melakukan pemeriksaan berkala sebanyak 2 kali setahun di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). Pemandu kenderaan perkhidmatan awam juga adalah diwajibkan untuk memohon dan memiliki lesen Public Service Vehicle (PSV) supaya pemandu adalah kompeten semasa memandu kenderaan perkhidmatan awam. 

Tags
jpj kemalangan bas ekpress plus selatan
Sebelum