KENYATAAN MEDIA RASMI

OPS Laju : memandu dilorong kanan secara berterusan dan ancaman ugutan

Jabatan Pengangkutan Jalan sentiasa memberi keutamaan dalam membentuk persekitaran jalan raya yang selamat kepada penggunapengguna jalan raya. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini telah melaksanakan operasi ke atas kenderaan komersil dan perkhidmatan awam di bawah Kaedah 4A Kaedah-kaedah Lalulintas 1959 iaitu memandu secara berterusan di lorong kanan.

Operasi yang bermula 4 Ogos 2016 bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.00 malam di semua lebuh raya utama Negara. Bahagian Penguatkuasa JPJ telah menggunakan tiga (3) jenis kaedah perlaksanaan iaitu secara rondaan menggunakan kenderaan JPJ, rondaan kenderaan tanpa logo JPJ dan penyamaran sebagai penumpang bas. Sehingga 28 Ogos 2016, jumlah keseluruhan saman yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 368 dengan kenderaan barangan / lori mencatat jumlah kesalahan sebanyak 207 saman. Manakala bas mencatat sebanyak 161 saman dan kenderaan barangan kurang 5000kg sebanyak 41 saman. Kompaun maksimum bagi kesalahan ini adalah RM 300.00.

Kebanyakkan pemandu memberikan alasan ‘sedang memotong’ dan ‘perlu segera ke destinasi’ tidak boleh diterima dan JPJ tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini.

Tags
jpj ops laju
Sebelum