KENYATAAN MEDIA RASMI

OPS hari raya aidilfitri 2016

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) malancarkan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 yang bermula pada 29 Jun 2016 hingga 13 Julai 2016. Objektif utama Ops HRA 2016 dibuat bagi membudayakan pemanduan berhemah dan selamat oleh pengguna jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Terdapat 7 strategi penguatkuasaan yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang Ops HRA 2016 berlangsung. Strategi penguatkuasaan tersebut seperti, Pemeriksaan Bas Ekspres di Depoh, Pemeriksaan Bas Ekspres dan Pemandu di 25 buah Terminal Bas Utama Negeri, Penyamaran sebagai penumpang Bas Ekspres, Operasi Secara Rondaan di 106 lokasi lebuh raya dan jalan utama negeri, Penguatkuasaan Penyamaran Bergambar, Operasi Penguatkuasaan ke atas Motosikal di 42 lokasi seluruh negara, serta menjalankan Advokasi dan Kempen Keselamatan Jalan Raya di 22 Hentian R&R Lebuh Raya.

Objektif utama pelaksanaan Ops HRA 2016 adalah bertujuan untuk meningkatkan Perception of Being Caught (POBC) dalam kalangan pengguna jalan raya. Oleh itu, seramai 1,800 anggota JPJ terlibat sepanjang Ops ini berlangsung Manakala, seramai 1,000 orang ahli Skuad Muda 1JPJ dikumpulkan untuk ditempatkan di R&R lebuhraya dalam Ops ini sebagai langkah untuk melibatkan orang awam dalam menjalankan advokasi dan khidmat nasihat dari aspek keselamatan jalan raya bersama-sama dengan anggota JPJ, JKJR dan RELA.

Pada masa yang sama, larangan ke atas kenderaan barangan akan dikuatkuasakan oleh JPJ dan PDRM pada 2 dan 3 Julai 2016 iaitu empat hari sebelum Hari Raya Aidilfitri serta 9 dan 10 Julai 2016 iaitu dua hari selepas Hari Raya Aidilfitri. Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan risiko berlakunya kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain daripada mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan 27 Jun 2016

Tags
jpj ops hari raya
Sebelum